Monday 13 May 2013

Ada apa dengan CINTA?

ASSALAMUALAIKUM
HEY !



See the tajuk? CINTA? ada apa dengan CINTA? 
Kita boleh klasifikasikan CINTA ni kepada beberapa jenis.

1. Cinta kepada ALLAH

Cinta kepada Allah? macam mana tu? maksud cinta kepada Allah bukanlah hanya kita lafazkan sahaja. Kalau betul kita cinta kepada Allah, tujukkan. macam mana nak tunjukkan? EASY :D AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR , lakukan perintahnya dengan sepenuh jiwa, tinggalkan larangannya, dekat pun jangan. nak buat dosa? tak susah :) nak buat pahala? tak susah juga.
nak dosa? senang ~ tak yah tutup aurat, ngata orang lain, ambil gambar yang tidak menutup aurat post dekat Facebook , Twitter atau apa sahaja lama sosial sekarang, dosa berjalan selagi gambar kita jadi tatapan orang bukan mahram. 
PEREMPUAN ! 
Ingat, SEHELAI rambut kita dilihat oleh orang bukan mahram,
70 000 TAHUN kita di neraka. setahun dia akhirat bukan macam setahun di dunia ya?
1 hari di akhirat = 1 000 hari di dunia.
Perempuan yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki:
1. ayah
2. adik beradik lelaki
3. suami
4. anak kandung lelaki.
beratkan hukumannya? tapi nak buatnya bukan susah pun.
cuaca kat Malaysia memang panas, tetapi dekat akhirat esok lagi panas. berganda-ganda panasnya kalau di neraka.

"Tu dekat akhirat, lain cerita. sekarang dekat dunia."

Astarghfirullahalazim. geleng kepala aku dengar orang cakap macam ni. akhirat dengan dunia ada kaitannya. dunia adalah pentas lakonan, akhirat adalah hari penentu, syurga adalah hadiah yang terbaik dan neraka? adalah hadiah yang semua orang taknak tapi tulah yang ramai orang akan dapat.

Cinta Allah? lakukan suruhannya. hanya dengan cakap "Saya sayang Allah" tapi masih lakukan larangannya. apa erti sayang tu? apa erti cinta tu?
cinta Allah adalah yang kekal dan hakiki. membawa kita ke pintu syurga Insha-Allah. 





2. Cinta kepada Rasullah

macam pula nak cinta kepada Rasullah? sama. kita kena tunjuk yang kita betul-betul cinta dan sayang kepada Rasul kita. kita ikut ajarannya. ikut sunnahnya. ikut caranya. berdoa untuknya. banyak cara yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan yang kita sayang kepada Rasullah. 
"Saya Sayang Rasullah"
tapi kita tak pernah ikut sunnahnya. kita lupa padanya. apa erti sayang tu?




3. Cinta kepada manusia

hurm, kat sini pun kita boleh kategorikan juga.

a) Cinta kepada IbuBapa
b) Cinta kepada Keluarga
c) Cinta kepada sahabat
d) Cinta kepada kekasih

cinta kepada ibu bapa, keluarga.
apa yang boleh kita cakap kat sini? sayang keluarga bukan bererti kita gadaikan mereka. sayang mereka bukan bererti kena ikut semua perintahnya yang melanggar syariat Islam. zaman sekarang zaman teknologi. semua sanggup buat apa sahaja untuk mara. kekadang sanggup korabankan keluarga untuk kepentingan sendiri bila tanya sebab, dijawab "sebab saya sayang keluarga saya." no! ni bukan cara kita sayang kepada keluarga kita
sayang kepada keluarga, kita perlu hormat mereka. beri mereka perhatian. sayang mereka sepenuh hati. letakkan mereka tempat ke4 selepas ibu bapa. 

ibu bapa? sepasang manusia yang pengorbanannya terlalu banyak untuk seorang anak. jasanya tak minta dibalas, hanya minta anaknya menghargai mereka, hormat mereka dan sayang mereka seperti mereka sayang anaknya. itu sahaja yang dipinta oleh ibu bapa. mereka tak minta di balas dengan kemewahan. mereka cuma manhu kita jadi yang terbaik dan soleh/soleha. mereka mahu seorang anak yang boleh mendoakan mereka bila mereka tiada nanti. itu sahaja yang mereka minta. tak banyak da tak berat. apa erti kemewahan kalau bila ibu bapa kita mati nanti kita tak dapat jadi imam untuk jenazah mereka? kita tak boleh nak baca yassin untuk mereka? kita tak boleh sedekah al-fatihah setiap hari untuk mereka. apa makna semua kemewahan yang kita bagi? tak makna langsung. 

cinta kepada sahabat.
tak banyak benda aku boleh ulas. entry sebelum ni aku da pun cakap pasal sahabat. just rujuk ya?



cinta kepada kekasih.

CINTA TAK MENGHALALKAN YANG HARAM

faham tak apa yang aku maksudkan? cinta anak remaja zaman sekarang, semuanya dusta. mudah sangat mereka menghalalkan yang haram atas dasar cinta. menyerahkan maruah kepada orang yang belum tentu menjadi hak kita. cinta kepada sesorang bukan bermaksud kita perlu mengikat dia dengan satu ikatan yang tak sah seperti "couple". kalau belum waktunya, kita ikat orang yang kita sayang dengan doa. doa kepada Allah semoga si dia menjadi jodoh kita. kalau Allah izinkan, si dia lari hingga ke benua Afrika sekalipun dia tetap kita punya. jika Allah tak izinkan, ikat dan kurung dia dalam sebuah bilik pun dia tak akan jadi milik kita.
Jodoh kita sudah ditentukan di arash lagi.
kita hanya perlu berusaha mencarinya.
tapi remaja, bukan sekarang anda mencari cinta seorang manusia. cuba untuk capai cita-cita, bangga kan mak bapa dulu baru kita cari cinta. Insha-Allah cinta manusia akan datang sendiri. 
masalah remaja sekarang selalu berpunca dari cinta manusia kan?
kita perasan tak?
kebanyakkan orang yang bunuh diri tu bukannya stress sebab belajar, tapi stress dan kecewa sebab cinta. 
sia-sia sahaja hidup kalau kita lukakan diri kita hanya untuk seorang lelaki/perempuan.
bodoh

kita hanya boleh cinta kepada suami/isteri kita SAHAJA
bila dari awal kita sudah cinta ramai orang,
suami/isteri kita nanti dapat sisa cinta kita sahajalah?
how pity are they :'(

Allah kurniakan kita akal untuk berfikir, dan orang-orang yang baca ni aku rasa dah cukup dewasa nak tahu baik buruk sesuatu benda tu. da besarkan?



begitulah sedikit sebanyak pasal cinta yang aku tahu. cinta bukanlah hanya melafazkannya, cinta harus kita tunjuk dengan cara yang betul. cinta pada orang yang betul, insha-Allah orang tu akan bawa kita ke jalan Allah :D


segala kecacatan dalam penulisan ni aku minta maaf. bidang penulisan bukan bidang aku. aku menulis untuk suka-suka dan melontarkan pendapat aku.
ketidaksukaan anda terhadap penulisan saya amat dikesali.
Yang baik boleh kita jadikan teladan yang tak baik kita jadikan sempadan.
sampai sini sahaja entry aku kali ni.
sekian terima kasih.


NIKMAT CINTA SELEPAS KAHWIN






~ ISLAM itu MUDAH ~

Waalaikumusalam :D







No comments:

Post a Comment