Saturday 18 May 2013

First Love? Kisah Cinta Saya

Assalamualaikum
Hi peeps ! :D 

Selamat pagi ! 

first love? cinta pandang pertama? siapa pernah merasai?
aku bet ! semua mesti pernahkan?
kekadang aku percaya pasal first love kekadang aku tak percaya.
first love tak bermaksud orang tu kekal dengan kita sampai bila-bila.
disini aku nak ceritakan tentang dunia percintaan aku.
maybe it's long, kalau tak sanggup sila beredar sekarang :*

here, enjoy !

first love aku time darjah 3 rasanya, perh ! kecik-kecik da pandai !
hahaha ! 
chill la ! kata cinta monyet.
time kecik-kecik mana tau persaan sayang,cinta tu kan?
benda alah ni berpanjangan sehingga aku darjah 6 dan terlerai tanpa sebarang tanda atau kata-kata. 
aku tak tau sebenarnya aku ni siapa dia dan dia siapa aku. 
weyh! time tu kecik lagi, aku tak masukkan benda ni semua dalam otak aku.
tak penting. cuma perasaan jeles je bila member-member aku dekat dengan dia. siapa tak jeleskan? tapi jeles aku cuma bertahan 5 minit je. haha ! 
come on la ! ni echa la, apa kes jeles lama-lama.

tapikan, kaurang rasa ni first love ke? aku rasa macam tak je. haha! sebab aku tak rasa apa-apa bila semua ni over. macam nothing happen.
even sekali-sekala teringat dengan dia tapi perasaan tu cuma setakat kawan je. 

yang aku rasa betul-betul first love ialah sekarang. semasa aku di tingkatan 4, tetapi cinta monyet tetap cinta monyet >_<
aku couple dengan dia cuma bertahan 3 bulan lebih.
aku mengaku, ni paling lama. *yang kat atas tu tak dikira*
selama ni kalau aku couple pun paling lama dua tiga minggu.
haha ! dan yang selalu minta putusnya aku.
jahatkan? tapi nak buat macam mana, aku tak suka terikat.
sepanjang 3 bulan lebih aku bersama dia aku rasa macam-macam perasaan.
sakit,sayang,benci dan sebagainya.
aku belajar tu semua dari pengalaman aku yang ni.
pengorbanan yang penting.
aku tak tau, aku sanggup korban perasaan aku sebab nak jaga hati dia.
korban masa aku sebab nak selalu dengan dia *text*
tapi kekadang dia tak perasaan and terlepas pandang semua tu.
tapi aku tak kisah sangatlah. 
dia ada masa dia, aku ada masa aku.
kita pun perlukan privasi kan?

again, putus kali ni pun aku yang minta.
bersebab.
aku putus dengan perasaan sayang tu masih ada.
masih tebal.
aku sendiri sakit, bila aku minta.
apa sebab aku putus?
hurm, kaurang tak perlu tahu la kan? just orang yang dekat dengan aku tahu.

almost 2 weeks aku cuba untuk cari diri aku sebenar,
kekadang aku terjadi orang lain.
pendiam bukan aku.
dalam masa 2 minggu tu juga aku cuba perhatikan dia.
aku tak tau pula perasaan dia kat aku boleh hilang sekelip mata.
for sure, bila aku nampak dia mulakan dulu, aku pun buat benda yang sama.
yes, aku memang bodoh. 
sepanjang tulah aku jadi orang lain.
just sebab aku nak tarik perhatian dia.
bodoh kan?
semakin lama aku yang sakit. luka kat hati aku makin dalam.
aku tak nak fobia dengan cinta,
jadi aku ambil langkah untuk surrender.
aku perlu move on.
aku perlu lupakan dia.
aku perlu anggap dia hanya orang asing dalam hidup aku
aku perlu buang kenangan aku dengan dia.
aku unfriend dia, unfollow dia *biasalahkan?*
semua gambar dia aku delete, conversation, text dengan number pun aku delete.
aku tak nak semua ni akan down kan aku.
Ni NUR AISHAH ALIAH BINTI ZULKIFLI lah,
no one can ruin my life.
sakit , sakit juga tapi tu jalan yang terbaik untuk aku bahagia nanti mungkin?
semua yang manis akan bermula dengan pahit dulu. 
agree? 

dan seperti yang aku jangkakan, perasaan sayang aku sikit-sikit bertukar jadi benci. 
bukan salah aku.
and from now on,
aku akan jadi diri aku yang dulu.
aku bukan pemain cinta yang baik
prinsip diri aku yang dulu akan aku sematkan dalam dada.
aku dah makin fobia sejak aku mula surrender.
sekarang, aku tak akan fikir pasal cinta kepada kekasih lagi.
cukup sampai sini.
tapi crush tetap ada kay?
kita tak boleh lari dari menyukai seseorang :D 
haha! 
echa is always happening okay?
jodoh aku biar family yang pilih.
mungkin lebih baik.

itulah antara kisah cinta aku.
awak bagaimana?
nak kongsi?
sebenarnya bila kita luahkan apa yang kita rasa, dan tulis, kita akan jadi lebih free selain kita ngadu dengan Allah S.W.T
peduli apa orang nak cakap.
hak kita nak berkongsi dengan sesiapa yang kita nak kan?

aku memang tak layak nak tulis macam ni sebab aku SPM pun belum.
kan,kan?
yeah~ but benda ni memang tak lari dengan remaja sekolah kan?
jadi salah ke kalau berkongsi?
jadikan iktibar dan pemangkin semangat orang lain
*katanya*
haha! 

MONDAY ! Wait for me ! I will be the old Echa yang suka sakat orang :D 

guys, doakan yang terbaik untuk aku okay?
sesiapapun anda, jika anda baca entry-entry blog saya, saya sayang awak !

for those yang terasa hati dengan entry-entry saya, saya minta maaf okay?
niat bukan untuk menyakitkan hati, tapi hanya untuk berkongsi.

for those yang tak suka, minta anda jangan lawat blog saya lagi. kehadiran anda tidak diperlukan. :*

for those yang suka, kasi like sikit! >_< jadilah pembaca tegar blog yang tak seberapa ni ya? love you lah !

DONE ! penulisan ini akan terhenti hingga sini.
segala ketelanjuran harap dimaafkan.
sila datang lagi :)

sekian terima kasih,
Waalaikumusalam






No comments:

Post a Comment