Sunday, 12 May 2013

SAHABAT

Assalmualaikum.
Hye !

Sudah berkurun tidak ku update ini site. Macam Tyyra pernah cakap, aku kalau buat blog ni macam hangat-hangat taik ayam je. Mula-mula tu excited la nak menulis apa semua, last-last aku akan lama tak update.
Bukan apa aku buzy dan aku tak ada idea sangat nak menulis walaupun hidup aku penuh cerita. Chewah! haha.

Kali ni aku ada cerita sedikit untuk jadi santapan. Entri agak panjang. Kalau takut membuang masa sila pangkah ya?

Tentang SAHABAT




Aku tahu dalam dunia semua orang ada sahabat atau kawan. Remaja sekarang suka cakap BFF shortform untuk BEST FRIEND FOREVER.
Aku tak layak untuk cakap tentang SAHABAT sebab aku sendiri bukan kawan yang baik. Aku sendiri selalu sakitkan hati kawan aku. Aku sendiri banyak bawa masalah dekat kawan-kawan aku. Tapi, aku masih ada hak untuk menyatakan apa yang aku rasa. Lagipun ini kawasan aku.

Bagi aku, kawan ni banyak peranan dia. Kawanlah orang yang paling rapat dengan kita selain dari keluarga kita. Tapi memang tak boleh disangkalkan, sesetengah orang lebih rapat dengan kawan dia sendiri dari family, golongan ni adalah golongan majoriti. Masa kita lebih banyak dengan kawan. 

Peranan kawan yang paling penting bagi aku adalah saling menasihati. Bila kawan kita ada buat salah kita perlu tegur. Bawa dia ke jalan yang baik. Tegur cara baik. Kita ni cuma manusia biasa. semua orang buat kesilapan. Cuma kita nampak tak nampak sahaja. Kepada kawan yang ditegur pula jangan terlalu sensitif, cuba untuk hadam nasihat dengan baik. Jangan disebabkan kawan tu menegur atau menasihati kita, kita tengking dia, marah dia dan kita sebut semua aib dia. Ingat ! sekali kita buka aib orang, Allah akan buka aib kita lagi besar dari orang yang buat tu. Kalau kawan tegur jangan pula kita cakap 

"Alah, kau cakap orang. kau pun sama je. Perfectkan diri kau dulu baru kau cakap dengan aku."

 Seriously, I don't likes this type of person. Dia da buat kawan dia kecil hati. Dia tak fikir perasaan kawan dia langsung. Aku tahu jawapan kaurang apa 

"Alah, orang tengah marah semua keluar." 

Orang kalau beriman dia akan tahan marah dia dan cuba untuk fikir apa yang kawan dia cakap dengan teliti. Lagipun tahan marah akan mendidik kita untuk bersabar dan sabar itu SEBAHAGIAN dari iman. Orang yang macam ni jenis orang yang nak ada orang yang betul-betul perfect yang menasihatkan dia. Ingat ya, hanya Rasul dan Nabi sahaja yang bersifat maksum. Bebas dari dosa. Kalau nak tunggu orang yang betul-betul perfect tergur kita memang sampai akhirnya kita tak berubah. Sebabnya takde orang yang nak tegur kita sebab diaorang semua tak perfect. Kita semua pun fahamkan maksud "NOBODY PERFECT" tapi kenapa masih ada yang pertikaikan kalau orang tu menegur?

Cakap pasal menegur, kenapa harus pertikaikan orang yang menegur kita? Sejahat mana pun manusia tu dia masih ada HAK untuk menegur. Masa lampau seseorang bukan ukuran siapa dia sekarang. Masa lampau adalah masa silap, masa kita masih belum sedar, kita masih jahil. Masa sekarang kita da berubah, da taubat. 

Aku selau dengar orang cakap 
"Kalau kawan dengan orang yang jual minyak wangi, kita akan bau wangi. Kalau kawan dengan orang yang buat besi baju kita akan berlubang sebab terkena percikkan api."

Aku memang tak setuju langsung ! Dah tau orang tu tengah buat besi siapa suruh duduk dekat-dekat? Siapa suruh ganggu? 

Aku sangkal kenyataan tu bulat-bulat.

Kenapa kita pula yang ikut dia? Dah tau dia tengah buat sesuatu yang tak elok kenapa biarkan? Kenapa tak ajak dia ke arah yang baik? Kenapa tinggalkan dia? Itu ke namanya kawan? I give you some story.

Dua orang kawan baik berkawan sejak kecil.Belajar sama-sama, tapi sayang salah seorang daripada diaorang bukan seorang yang pandai. Yang pandai nama dia Ali, yang kurang pandai nama dia Abu. Walau apa pun usaha yang diaorang lakukan keputusannya tetap sama. Akhirnya Ali sambung belajar dan ambil course buisness. Abu? Dia hanya duduk di rumah, tolong perniagaan keluarga. Sebab tulah satu-satunya kemahiran Abu, berniaga. Ali sebenarnya minat kedoktoran, tapi disebabkan Abu dia tukar minat. Bila Ali berjaya, Abu masih berkawan dengan Abu, Ali tak kisah apa orang cakap. Rakan-rakan buisness Ali selalu cakap "Kalau kawan dengan orang yang jual minyak wangi, kita akan bau wangi. Kalau kawan dengan orang yang buat besi baju kita akan berlubang sebab terkena percikkan api." maksudnya kat sini Abu boleh buat Ali jatuh miskin kalau dia terus berkawan dengan Abu. 

Ali hanya tutup telinga, baginya Abu adalah salah sorang yang bermakna untuk Ali. Ali sayang Abu. (bukan gay!) Abu yang selalu bagi semangat pada Ali bila Ali down time peperiksaan. Abu tak pernah tinggalkan Ali walau apa pun terjadi. Ali pun bawa Abu ke dunia buisness. Abu memang cekap. Lama kelamaan nama mereka berdua meniti di bibir-bibir ahli koprat.

Nampak tak? Indahkan persahabatan macam ni? Pengorbanan perlu dalam setiap hubungan. Cerita kat atas tu aku reka sendiri. Harap kaurang faham.
Jangan jadi LALANG yang tak tetap pendirian. Pegang teguh pada perinsip sendiri. Jangan terlalu mudah terpengaruh dengan benda tak baik. Kawan yang jahat jangan dibiarkan, ditinggalkan. Bawa mereka ke jalan yang benar.

Hurm, entri ni pun aku rasa da cukup panjang. Aku harap kaurang dapatlah pengajaran dari apa yang aku cakap. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Tapi kalau kita ni jenis yang mudah terpengaruh, jangan ada hati nak dekat dengan seorang yang tidak baik. Takut kita pula jadi rosak. Kaurang faham-faham la sendiri. Da cukup besar nak hadam apa yang aku cakap.Kekadang dalam hidup kita harus memilih. 

Dan lagi satu nak ingatkan, kalau kawan itu cuba untuk berubah jangan pernah untuk downkan dia. Bagi dia semangat. Dorongan. Itu yang dia perlukan dalam permulaan penghijarah dia. Bukan sindiran yang dia nak dengar. Jadilah seorang sahabat yang boleh di panggil SAHABAT. 

Yang baik datang dari Allah, yang ada cacat celanya datang dari diri aku sendiri. Sekian terima kasih.




Sahabat aku: 
NUR AIN AYUNI , ATHIRAH , LIYANA , AZIMAH , MAZ NADZIRAH , NUR MAISARA , YASMIN SURAYA , HAZMEERA , SHAFIQ ACAI , SYUIB , FAIRUZ , NAZIRUL , TAUFIQ , NAZRYN , ALEP , SYED

walau kat mana pun nama kaurang berada, pertama atau terakhir, kaurang tetap nombor 5 dalam hidup aku.
1. Allah
2. Rasullah S.A.W
3. Ibu Bapa
4. Keluarga 
5. Sahabat

hujung dunia sekali pun kaurang merantau, kaurang tak anggap aku kawan kaurang sekali pun. aku tetap sayang kaurang dan nama kau ada dalam hati aku, hingga hujung nyawa. 






Waalaikumusalam.

No comments:

Post a Comment