Saturday 18 May 2013

First Love? Kisah Cinta Saya

Assalamualaikum
Hi peeps ! :D 

Selamat pagi ! 

first love? cinta pandang pertama? siapa pernah merasai?
aku bet ! semua mesti pernahkan?
kekadang aku percaya pasal first love kekadang aku tak percaya.
first love tak bermaksud orang tu kekal dengan kita sampai bila-bila.
disini aku nak ceritakan tentang dunia percintaan aku.
maybe it's long, kalau tak sanggup sila beredar sekarang :*

here, enjoy !

first love aku time darjah 3 rasanya, perh ! kecik-kecik da pandai !
hahaha ! 
chill la ! kata cinta monyet.
time kecik-kecik mana tau persaan sayang,cinta tu kan?
benda alah ni berpanjangan sehingga aku darjah 6 dan terlerai tanpa sebarang tanda atau kata-kata. 
aku tak tau sebenarnya aku ni siapa dia dan dia siapa aku. 
weyh! time tu kecik lagi, aku tak masukkan benda ni semua dalam otak aku.
tak penting. cuma perasaan jeles je bila member-member aku dekat dengan dia. siapa tak jeleskan? tapi jeles aku cuma bertahan 5 minit je. haha ! 
come on la ! ni echa la, apa kes jeles lama-lama.

tapikan, kaurang rasa ni first love ke? aku rasa macam tak je. haha! sebab aku tak rasa apa-apa bila semua ni over. macam nothing happen.
even sekali-sekala teringat dengan dia tapi perasaan tu cuma setakat kawan je. 

yang aku rasa betul-betul first love ialah sekarang. semasa aku di tingkatan 4, tetapi cinta monyet tetap cinta monyet >_<
aku couple dengan dia cuma bertahan 3 bulan lebih.
aku mengaku, ni paling lama. *yang kat atas tu tak dikira*
selama ni kalau aku couple pun paling lama dua tiga minggu.
haha ! dan yang selalu minta putusnya aku.
jahatkan? tapi nak buat macam mana, aku tak suka terikat.
sepanjang 3 bulan lebih aku bersama dia aku rasa macam-macam perasaan.
sakit,sayang,benci dan sebagainya.
aku belajar tu semua dari pengalaman aku yang ni.
pengorbanan yang penting.
aku tak tau, aku sanggup korban perasaan aku sebab nak jaga hati dia.
korban masa aku sebab nak selalu dengan dia *text*
tapi kekadang dia tak perasaan and terlepas pandang semua tu.
tapi aku tak kisah sangatlah. 
dia ada masa dia, aku ada masa aku.
kita pun perlukan privasi kan?

again, putus kali ni pun aku yang minta.
bersebab.
aku putus dengan perasaan sayang tu masih ada.
masih tebal.
aku sendiri sakit, bila aku minta.
apa sebab aku putus?
hurm, kaurang tak perlu tahu la kan? just orang yang dekat dengan aku tahu.

almost 2 weeks aku cuba untuk cari diri aku sebenar,
kekadang aku terjadi orang lain.
pendiam bukan aku.
dalam masa 2 minggu tu juga aku cuba perhatikan dia.
aku tak tau pula perasaan dia kat aku boleh hilang sekelip mata.
for sure, bila aku nampak dia mulakan dulu, aku pun buat benda yang sama.
yes, aku memang bodoh. 
sepanjang tulah aku jadi orang lain.
just sebab aku nak tarik perhatian dia.
bodoh kan?
semakin lama aku yang sakit. luka kat hati aku makin dalam.
aku tak nak fobia dengan cinta,
jadi aku ambil langkah untuk surrender.
aku perlu move on.
aku perlu lupakan dia.
aku perlu anggap dia hanya orang asing dalam hidup aku
aku perlu buang kenangan aku dengan dia.
aku unfriend dia, unfollow dia *biasalahkan?*
semua gambar dia aku delete, conversation, text dengan number pun aku delete.
aku tak nak semua ni akan down kan aku.
Ni NUR AISHAH ALIAH BINTI ZULKIFLI lah,
no one can ruin my life.
sakit , sakit juga tapi tu jalan yang terbaik untuk aku bahagia nanti mungkin?
semua yang manis akan bermula dengan pahit dulu. 
agree? 

dan seperti yang aku jangkakan, perasaan sayang aku sikit-sikit bertukar jadi benci. 
bukan salah aku.
and from now on,
aku akan jadi diri aku yang dulu.
aku bukan pemain cinta yang baik
prinsip diri aku yang dulu akan aku sematkan dalam dada.
aku dah makin fobia sejak aku mula surrender.
sekarang, aku tak akan fikir pasal cinta kepada kekasih lagi.
cukup sampai sini.
tapi crush tetap ada kay?
kita tak boleh lari dari menyukai seseorang :D 
haha! 
echa is always happening okay?
jodoh aku biar family yang pilih.
mungkin lebih baik.

itulah antara kisah cinta aku.
awak bagaimana?
nak kongsi?
sebenarnya bila kita luahkan apa yang kita rasa, dan tulis, kita akan jadi lebih free selain kita ngadu dengan Allah S.W.T
peduli apa orang nak cakap.
hak kita nak berkongsi dengan sesiapa yang kita nak kan?

aku memang tak layak nak tulis macam ni sebab aku SPM pun belum.
kan,kan?
yeah~ but benda ni memang tak lari dengan remaja sekolah kan?
jadi salah ke kalau berkongsi?
jadikan iktibar dan pemangkin semangat orang lain
*katanya*
haha! 

MONDAY ! Wait for me ! I will be the old Echa yang suka sakat orang :D 

guys, doakan yang terbaik untuk aku okay?
sesiapapun anda, jika anda baca entry-entry blog saya, saya sayang awak !

for those yang terasa hati dengan entry-entry saya, saya minta maaf okay?
niat bukan untuk menyakitkan hati, tapi hanya untuk berkongsi.

for those yang tak suka, minta anda jangan lawat blog saya lagi. kehadiran anda tidak diperlukan. :*

for those yang suka, kasi like sikit! >_< jadilah pembaca tegar blog yang tak seberapa ni ya? love you lah !

DONE ! penulisan ini akan terhenti hingga sini.
segala ketelanjuran harap dimaafkan.
sila datang lagi :)

sekian terima kasih,
Waalaikumusalam






Monday 13 May 2013

Ada apa dengan CINTA?

ASSALAMUALAIKUM
HEY !



See the tajuk? CINTA? ada apa dengan CINTA? 
Kita boleh klasifikasikan CINTA ni kepada beberapa jenis.

1. Cinta kepada ALLAH

Cinta kepada Allah? macam mana tu? maksud cinta kepada Allah bukanlah hanya kita lafazkan sahaja. Kalau betul kita cinta kepada Allah, tujukkan. macam mana nak tunjukkan? EASY :D AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR , lakukan perintahnya dengan sepenuh jiwa, tinggalkan larangannya, dekat pun jangan. nak buat dosa? tak susah :) nak buat pahala? tak susah juga.
nak dosa? senang ~ tak yah tutup aurat, ngata orang lain, ambil gambar yang tidak menutup aurat post dekat Facebook , Twitter atau apa sahaja lama sosial sekarang, dosa berjalan selagi gambar kita jadi tatapan orang bukan mahram. 
PEREMPUAN ! 
Ingat, SEHELAI rambut kita dilihat oleh orang bukan mahram,
70 000 TAHUN kita di neraka. setahun dia akhirat bukan macam setahun di dunia ya?
1 hari di akhirat = 1 000 hari di dunia.
Perempuan yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki:
1. ayah
2. adik beradik lelaki
3. suami
4. anak kandung lelaki.
beratkan hukumannya? tapi nak buatnya bukan susah pun.
cuaca kat Malaysia memang panas, tetapi dekat akhirat esok lagi panas. berganda-ganda panasnya kalau di neraka.

"Tu dekat akhirat, lain cerita. sekarang dekat dunia."

Astarghfirullahalazim. geleng kepala aku dengar orang cakap macam ni. akhirat dengan dunia ada kaitannya. dunia adalah pentas lakonan, akhirat adalah hari penentu, syurga adalah hadiah yang terbaik dan neraka? adalah hadiah yang semua orang taknak tapi tulah yang ramai orang akan dapat.

Cinta Allah? lakukan suruhannya. hanya dengan cakap "Saya sayang Allah" tapi masih lakukan larangannya. apa erti sayang tu? apa erti cinta tu?
cinta Allah adalah yang kekal dan hakiki. membawa kita ke pintu syurga Insha-Allah. 





2. Cinta kepada Rasullah

macam pula nak cinta kepada Rasullah? sama. kita kena tunjuk yang kita betul-betul cinta dan sayang kepada Rasul kita. kita ikut ajarannya. ikut sunnahnya. ikut caranya. berdoa untuknya. banyak cara yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan yang kita sayang kepada Rasullah. 
"Saya Sayang Rasullah"
tapi kita tak pernah ikut sunnahnya. kita lupa padanya. apa erti sayang tu?




3. Cinta kepada manusia

hurm, kat sini pun kita boleh kategorikan juga.

a) Cinta kepada IbuBapa
b) Cinta kepada Keluarga
c) Cinta kepada sahabat
d) Cinta kepada kekasih

cinta kepada ibu bapa, keluarga.
apa yang boleh kita cakap kat sini? sayang keluarga bukan bererti kita gadaikan mereka. sayang mereka bukan bererti kena ikut semua perintahnya yang melanggar syariat Islam. zaman sekarang zaman teknologi. semua sanggup buat apa sahaja untuk mara. kekadang sanggup korabankan keluarga untuk kepentingan sendiri bila tanya sebab, dijawab "sebab saya sayang keluarga saya." no! ni bukan cara kita sayang kepada keluarga kita
sayang kepada keluarga, kita perlu hormat mereka. beri mereka perhatian. sayang mereka sepenuh hati. letakkan mereka tempat ke4 selepas ibu bapa. 

ibu bapa? sepasang manusia yang pengorbanannya terlalu banyak untuk seorang anak. jasanya tak minta dibalas, hanya minta anaknya menghargai mereka, hormat mereka dan sayang mereka seperti mereka sayang anaknya. itu sahaja yang dipinta oleh ibu bapa. mereka tak minta di balas dengan kemewahan. mereka cuma manhu kita jadi yang terbaik dan soleh/soleha. mereka mahu seorang anak yang boleh mendoakan mereka bila mereka tiada nanti. itu sahaja yang mereka minta. tak banyak da tak berat. apa erti kemewahan kalau bila ibu bapa kita mati nanti kita tak dapat jadi imam untuk jenazah mereka? kita tak boleh nak baca yassin untuk mereka? kita tak boleh sedekah al-fatihah setiap hari untuk mereka. apa makna semua kemewahan yang kita bagi? tak makna langsung. 

cinta kepada sahabat.
tak banyak benda aku boleh ulas. entry sebelum ni aku da pun cakap pasal sahabat. just rujuk ya?



cinta kepada kekasih.

CINTA TAK MENGHALALKAN YANG HARAM

faham tak apa yang aku maksudkan? cinta anak remaja zaman sekarang, semuanya dusta. mudah sangat mereka menghalalkan yang haram atas dasar cinta. menyerahkan maruah kepada orang yang belum tentu menjadi hak kita. cinta kepada sesorang bukan bermaksud kita perlu mengikat dia dengan satu ikatan yang tak sah seperti "couple". kalau belum waktunya, kita ikat orang yang kita sayang dengan doa. doa kepada Allah semoga si dia menjadi jodoh kita. kalau Allah izinkan, si dia lari hingga ke benua Afrika sekalipun dia tetap kita punya. jika Allah tak izinkan, ikat dan kurung dia dalam sebuah bilik pun dia tak akan jadi milik kita.
Jodoh kita sudah ditentukan di arash lagi.
kita hanya perlu berusaha mencarinya.
tapi remaja, bukan sekarang anda mencari cinta seorang manusia. cuba untuk capai cita-cita, bangga kan mak bapa dulu baru kita cari cinta. Insha-Allah cinta manusia akan datang sendiri. 
masalah remaja sekarang selalu berpunca dari cinta manusia kan?
kita perasan tak?
kebanyakkan orang yang bunuh diri tu bukannya stress sebab belajar, tapi stress dan kecewa sebab cinta. 
sia-sia sahaja hidup kalau kita lukakan diri kita hanya untuk seorang lelaki/perempuan.
bodoh

kita hanya boleh cinta kepada suami/isteri kita SAHAJA
bila dari awal kita sudah cinta ramai orang,
suami/isteri kita nanti dapat sisa cinta kita sahajalah?
how pity are they :'(

Allah kurniakan kita akal untuk berfikir, dan orang-orang yang baca ni aku rasa dah cukup dewasa nak tahu baik buruk sesuatu benda tu. da besarkan?



begitulah sedikit sebanyak pasal cinta yang aku tahu. cinta bukanlah hanya melafazkannya, cinta harus kita tunjuk dengan cara yang betul. cinta pada orang yang betul, insha-Allah orang tu akan bawa kita ke jalan Allah :D


segala kecacatan dalam penulisan ni aku minta maaf. bidang penulisan bukan bidang aku. aku menulis untuk suka-suka dan melontarkan pendapat aku.
ketidaksukaan anda terhadap penulisan saya amat dikesali.
Yang baik boleh kita jadikan teladan yang tak baik kita jadikan sempadan.
sampai sini sahaja entry aku kali ni.
sekian terima kasih.


NIKMAT CINTA SELEPAS KAHWIN






~ ISLAM itu MUDAH ~

Waalaikumusalam :D







Sunday 12 May 2013

SAHABAT

Assalmualaikum.
Hye !

Sudah berkurun tidak ku update ini site. Macam Tyyra pernah cakap, aku kalau buat blog ni macam hangat-hangat taik ayam je. Mula-mula tu excited la nak menulis apa semua, last-last aku akan lama tak update.
Bukan apa aku buzy dan aku tak ada idea sangat nak menulis walaupun hidup aku penuh cerita. Chewah! haha.

Kali ni aku ada cerita sedikit untuk jadi santapan. Entri agak panjang. Kalau takut membuang masa sila pangkah ya?

Tentang SAHABAT




Aku tahu dalam dunia semua orang ada sahabat atau kawan. Remaja sekarang suka cakap BFF shortform untuk BEST FRIEND FOREVER.
Aku tak layak untuk cakap tentang SAHABAT sebab aku sendiri bukan kawan yang baik. Aku sendiri selalu sakitkan hati kawan aku. Aku sendiri banyak bawa masalah dekat kawan-kawan aku. Tapi, aku masih ada hak untuk menyatakan apa yang aku rasa. Lagipun ini kawasan aku.

Bagi aku, kawan ni banyak peranan dia. Kawanlah orang yang paling rapat dengan kita selain dari keluarga kita. Tapi memang tak boleh disangkalkan, sesetengah orang lebih rapat dengan kawan dia sendiri dari family, golongan ni adalah golongan majoriti. Masa kita lebih banyak dengan kawan. 

Peranan kawan yang paling penting bagi aku adalah saling menasihati. Bila kawan kita ada buat salah kita perlu tegur. Bawa dia ke jalan yang baik. Tegur cara baik. Kita ni cuma manusia biasa. semua orang buat kesilapan. Cuma kita nampak tak nampak sahaja. Kepada kawan yang ditegur pula jangan terlalu sensitif, cuba untuk hadam nasihat dengan baik. Jangan disebabkan kawan tu menegur atau menasihati kita, kita tengking dia, marah dia dan kita sebut semua aib dia. Ingat ! sekali kita buka aib orang, Allah akan buka aib kita lagi besar dari orang yang buat tu. Kalau kawan tegur jangan pula kita cakap 

"Alah, kau cakap orang. kau pun sama je. Perfectkan diri kau dulu baru kau cakap dengan aku."

 Seriously, I don't likes this type of person. Dia da buat kawan dia kecil hati. Dia tak fikir perasaan kawan dia langsung. Aku tahu jawapan kaurang apa 

"Alah, orang tengah marah semua keluar." 

Orang kalau beriman dia akan tahan marah dia dan cuba untuk fikir apa yang kawan dia cakap dengan teliti. Lagipun tahan marah akan mendidik kita untuk bersabar dan sabar itu SEBAHAGIAN dari iman. Orang yang macam ni jenis orang yang nak ada orang yang betul-betul perfect yang menasihatkan dia. Ingat ya, hanya Rasul dan Nabi sahaja yang bersifat maksum. Bebas dari dosa. Kalau nak tunggu orang yang betul-betul perfect tergur kita memang sampai akhirnya kita tak berubah. Sebabnya takde orang yang nak tegur kita sebab diaorang semua tak perfect. Kita semua pun fahamkan maksud "NOBODY PERFECT" tapi kenapa masih ada yang pertikaikan kalau orang tu menegur?

Cakap pasal menegur, kenapa harus pertikaikan orang yang menegur kita? Sejahat mana pun manusia tu dia masih ada HAK untuk menegur. Masa lampau seseorang bukan ukuran siapa dia sekarang. Masa lampau adalah masa silap, masa kita masih belum sedar, kita masih jahil. Masa sekarang kita da berubah, da taubat. 

Aku selau dengar orang cakap 
"Kalau kawan dengan orang yang jual minyak wangi, kita akan bau wangi. Kalau kawan dengan orang yang buat besi baju kita akan berlubang sebab terkena percikkan api."

Aku memang tak setuju langsung ! Dah tau orang tu tengah buat besi siapa suruh duduk dekat-dekat? Siapa suruh ganggu? 

Aku sangkal kenyataan tu bulat-bulat.

Kenapa kita pula yang ikut dia? Dah tau dia tengah buat sesuatu yang tak elok kenapa biarkan? Kenapa tak ajak dia ke arah yang baik? Kenapa tinggalkan dia? Itu ke namanya kawan? I give you some story.

Dua orang kawan baik berkawan sejak kecil.Belajar sama-sama, tapi sayang salah seorang daripada diaorang bukan seorang yang pandai. Yang pandai nama dia Ali, yang kurang pandai nama dia Abu. Walau apa pun usaha yang diaorang lakukan keputusannya tetap sama. Akhirnya Ali sambung belajar dan ambil course buisness. Abu? Dia hanya duduk di rumah, tolong perniagaan keluarga. Sebab tulah satu-satunya kemahiran Abu, berniaga. Ali sebenarnya minat kedoktoran, tapi disebabkan Abu dia tukar minat. Bila Ali berjaya, Abu masih berkawan dengan Abu, Ali tak kisah apa orang cakap. Rakan-rakan buisness Ali selalu cakap "Kalau kawan dengan orang yang jual minyak wangi, kita akan bau wangi. Kalau kawan dengan orang yang buat besi baju kita akan berlubang sebab terkena percikkan api." maksudnya kat sini Abu boleh buat Ali jatuh miskin kalau dia terus berkawan dengan Abu. 

Ali hanya tutup telinga, baginya Abu adalah salah sorang yang bermakna untuk Ali. Ali sayang Abu. (bukan gay!) Abu yang selalu bagi semangat pada Ali bila Ali down time peperiksaan. Abu tak pernah tinggalkan Ali walau apa pun terjadi. Ali pun bawa Abu ke dunia buisness. Abu memang cekap. Lama kelamaan nama mereka berdua meniti di bibir-bibir ahli koprat.

Nampak tak? Indahkan persahabatan macam ni? Pengorbanan perlu dalam setiap hubungan. Cerita kat atas tu aku reka sendiri. Harap kaurang faham.
Jangan jadi LALANG yang tak tetap pendirian. Pegang teguh pada perinsip sendiri. Jangan terlalu mudah terpengaruh dengan benda tak baik. Kawan yang jahat jangan dibiarkan, ditinggalkan. Bawa mereka ke jalan yang benar.

Hurm, entri ni pun aku rasa da cukup panjang. Aku harap kaurang dapatlah pengajaran dari apa yang aku cakap. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Tapi kalau kita ni jenis yang mudah terpengaruh, jangan ada hati nak dekat dengan seorang yang tidak baik. Takut kita pula jadi rosak. Kaurang faham-faham la sendiri. Da cukup besar nak hadam apa yang aku cakap.Kekadang dalam hidup kita harus memilih. 

Dan lagi satu nak ingatkan, kalau kawan itu cuba untuk berubah jangan pernah untuk downkan dia. Bagi dia semangat. Dorongan. Itu yang dia perlukan dalam permulaan penghijarah dia. Bukan sindiran yang dia nak dengar. Jadilah seorang sahabat yang boleh di panggil SAHABAT. 

Yang baik datang dari Allah, yang ada cacat celanya datang dari diri aku sendiri. Sekian terima kasih.




Sahabat aku: 
NUR AIN AYUNI , ATHIRAH , LIYANA , AZIMAH , MAZ NADZIRAH , NUR MAISARA , YASMIN SURAYA , HAZMEERA , SHAFIQ ACAI , SYUIB , FAIRUZ , NAZIRUL , TAUFIQ , NAZRYN , ALEP , SYED

walau kat mana pun nama kaurang berada, pertama atau terakhir, kaurang tetap nombor 5 dalam hidup aku.
1. Allah
2. Rasullah S.A.W
3. Ibu Bapa
4. Keluarga 
5. Sahabat

hujung dunia sekali pun kaurang merantau, kaurang tak anggap aku kawan kaurang sekali pun. aku tetap sayang kaurang dan nama kau ada dalam hati aku, hingga hujung nyawa. 






Waalaikumusalam.

Tips soalan Agama Tingkatan 4 (SMK Dato' Sri Amar)

Assalamualaikum,

kepada sesiap yang tak tahu tajuk untuk peksa agama esok sini aku bagi tahu.
ini untuk kertas satu, Cikgu aku bagi,

Tajuk-tajuk yang masuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 (Pendidikan Islam Kertas 1)
Akidah
PEL. 10 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
PEL. 11 UNIT 1 DOSA-DOSA  BESAR
PEL. 11 UNIT 2 DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEHANCURAN UMAT
Ibadah
Haji Semua dah belajo
PEL. 14 SEMBELIHAN
Sirah
PEL. 20 KERAJAAN KHULAFA’ ARRASYIDIN
Tokoh
PEL. 24 IMAM SYAFIE R.A (Biodata jer)
PEL. 25 IMAM AHMAD BIN HAMBALI R.A (Biodata jer)
PEL. 22 IMAM ABU HANIFAH R.A (Biodata jer)
PEL. 23 IMAM MALIK R.A
Adab
PEL. 28 AKAL CAHAYA KEHIDUPAN
PEL. 29 ADAB BERHIAS DIRI
PEL.30 ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
PEL. 32 ADAB DITEMPAT REKREASI
selamat study :D 

Saturday 2 March 2013

Internet KEMBALI !

Assalamualaikum,

hey guys! it has been so long i'm not updating. 
banyak wok terjadi,
WAIT! ni bukan diari aku nak cerita semua benda kan? 
aku ada diari.aleh nak kecoh pulak.
hurm. bulan tiga ni banyak gila tugasan. 
sej kena buat drama. english pun kena buat drama.
sivik pembentangan. bm aku masuk perbahasan.
banyakkan? stress aku. 
kebanyakkannya kena guna internet. tapi nak buat macam mana?
internetnya mama tak nak bayar, stress-stress!! 
huh! 
last-last bila mama bayar balik aku tak tau pun.
aku tau pun bila aku tengok rumah aku da macam cyber cafe da. aku pun pelik.
bila aku tanya guna line mana, diaorang kata line sini. 
tu yang aku pelik gila nak mati. 
macam mana diaorang guna kalau mama tak bayar. 
sekali aku tanya baba, baba da bayar da.
kay aku rasa bengang gila. tapi syukur la.
sebab aku boleh mula buat research.
Alhamdulilah.
act aku tak de topik nak cakap ni. aku update pun sebab tak nak berabuk sangat blog aku yang seberapa ni :D yeah! 
ekh, tak masal! haha
okay la, i gtg. 
next time will we story-story again ya?
haha!
okay bye!
Assalamualaikum.

Monday 11 February 2013

Say NO to Valentine Day

Assalamualaikum,
so hye !
lama sudah tidak update. i'm buzy lately :D 
aku baru lepas abes exam Modul Capaian 2,
huh ! soalan dia agak mencabar la jugak. 
tapi tak pe aku boleh jawab, inshaa Allah. 
kat sini aku nak ceritakan tentang valentine day,
nak tau kenapa ?
bukan aku nak sarankan kau sambut tapi aku nak tegah kaurang dari sambut,
u know why ? ini perayaan org kafir, kita sebagai org islam tak patut sambut sekali. mesti kaurang cakap "kata satu Malaysia?" 
erk, dalam bab ni bukan lagi satu Malaysia. entri ni agak panjang sebab aku nak ceritakan sejarah2 valentine, maybe ramai yang da tau, but i;m just wanna to share with you ;)

Sejarah Velentine :

1) Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.


2) Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.


3) Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.


4) Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.


tu la yang aku dapat dari internet, sebenarnya ada lagi yang cikgu aku bagi tahu, tapi aku lupa la >< haha ! 
okay ini hukum kita sambut hari kejadah ni,

Hukum Sambutan Valentine Day
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)
Untuk keterangan yang lebih jelas, mari kita dengar kuliah dari Ustaz Azhar.

sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain :D 
so, yang baik jadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan. 
ENJOY THE ENTRY !
Assalamualaikum 

Monday 28 January 2013

Gathering? Cuti ? Sekolah Baru ? Birthday ? :D

Assalamualaikum 

so hye semua, lama aku tak update kan?
i'm buzy lately. eceh ! haha
khamis masa tu semua budak-budak 3 Bestari tahun lepas gathering.
for the first time :') 
sweet moment ever ! kau rang pun da tu kan ? 
kalau tak tau, kau tengok blog tyyra.




jumaat masa tu aku "fly" g terengganu :D
hantar abg aku belajar kat
Institut Teknologi Petroleum Petronas ( INSTEP )
cuci mata seh aku kat sini.
ramai mamat yang agak hensem la ><
haha. tapi hatiku telah dimiliki :P
aku jumpa bakal akk ipar aku !
perh ! dia comel gila ! cantik je.
dia kecik je, lagi kecik dari akk aku yang kecik tu ><
untung la abang ~ 
jumpa besan mak aku juga. 
dia bawa kucing.
perh ! kucing dia macam kucing garfield. 
comel seh ! rasa nak rembat anak dia satu je. 
haha ! aku pegang pun bapak aku da marah.
then ahad baru balik KL, singgah kat bangi. stay satu malam.
jumpa baim,timah,wiyah ngan iman.
cute kids ever ! 
rasa nak sepak2 je sebab diaorang comel sangat.
isnin baru balik sini.
and today hari selasa aku ponteng sebab kepenatan ><
aku ngan mama je ponteng, yang lain g sekolah.
haha !

sekarang kita masuk topik cerita kita :D
hari ini, Selasa , 29 Januari 2013 @ 17 R. Awal 1434
Ain, Nazryn, Mai, Maz, Min dan Qis telah pun daftar ke sekolah memasing.
tadi pagi aku text Ain :D
for the last time tok bulan ni.
lepas sikit rindu aku kat dia.
aku tak mau sedih-sedih ag da. aku da dapat terima kenyataan.
aku akan fight dengan dia orang !
ain kata sekolah dia ag buruk dari sekolah dato ><
haha ! sekolah buruk ada hantu tau. bebaik ain :P
haha ! da al-quran kau lupa nak bawa.
takpe nanti aku tolong postkan al-quran tok kau :D 
so, good luck kekawan aku. 
all the best tok kaurang kat sana. 
balik jgn lupa bagi tau.
aku tau kaurang akan baca entri ni bila kaurang balik kan?
nanti kita gather ag ekh ?
port macam biasa, WETEX la kan?

hurmm, sampai sini je la entri titew ><
haha ! gedik jap.
btw, aku and tyra ada buat video untuk kaurang, kaurang pun da tengok kan ?
and Ain makes a video for us :') kenangan !
untuk kali pertama kami buat kerja ini. 
so terima je la. jgn nak komen2 sangat. :P
LAST ! 
aku nak ucapkan Happy Belated Birthday to Muhammad Taufiq bin Zamri.
sorry aku lupa birthday kau, sebab aku punya otak sarat gila !
birthday skandal aku ini jatuh pada 25 Januari 1997
jumaat lepas. teruk punya kawan, birthday kawan sendiri lupa ><
maaf fiq, tak sengaja la weyh. FB pun aku tak jenguk masa tu:/
hadiah tak da tau ?
kau sentiasa jadi skandal aku tau ? :D 
haha ! kawan selamanya ;) 




okay done ! bye ! 
Waalaikumusalam.